Monday 28 May 2012

Jawatankuasa Bulan Sabit Merah Malaysia Cawangan Perlis Tahun 2012-2013

Penaung                                  : DYMM  Raja Perlis
Yang Di-pertua                      : YAB Menteri Besar Perlis                
Pengerusi                                : Y.Bhg Dato’ Hj. Bahari bin Hj. Taib
Timbalan Pengerusi              : En. Zainol Rashid b.Md Zin
Naib Pengerusi 1                    : Y.Bhg Dato Hj. Azib bin Saad
Naib Pengerusi 2                    : En.Hasan  Ebau Noi

Pengarah                                : Dr.Hjh. Ida Zaliza binti Zainol Abidin
Pegawai Perubatan               : Dr. Nurkhairulnizam Abd Halim                         
Setiausaha Kehormat             : Pn Nur Adibah Khairiyah binti Thew Abdullah
Bendahari Kehormat             : Cik Noor Robiah Binti Mohd. Nan

Penolong-Penolong Pengarah:En. Mohd.Zaim Bin Zanol (Latihan)
                                           En. Hashimi Bin Hasan (PBS/VAD)
                                                           En Azran Bin Mohamad@ Ahmad (Belia)   
                                            En Yaakob Bin Abd Aziz (Link)
                                           
Penguasa Rawatan                 : Pn. Latipah Bt Othman
Kuatermaster                          : En. Mohd Syahrin Bin Samsudin

    Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Kecil
                                              : Y.Bhg Dato’Dr.Hj.Othman Hj.Romli (Anugerah)
                                                        En. Affendi Rajini Khan (Seranta & Publisiti)
                                 En.Fauzi Hamzah  (Reaksi Bencana)
                                         En. Pardi Sohiman (Rayuan Derma & Kewangan)
                                 En. Musaidi  Mustaffa (Kesihatan & Khidmat Komuniti)
                                 En. Ishak Din (Pembangunan Organisasi)
                                  En. Shurizan B Hamid (Perkhidmatan Ambulans)
                                                 En.Mohd Zuhir Harun (Derma Dadah, Anti Dadah)
                                  En. Shariff Bin Mustaffa (Kebajikan)               
                                  Pn. Ch’ng Anna Khairunnisa Bt Abdullah (UUKA)

Wakil Cabang                         : Prof. Madya Lt. Kol.(B) Azuddin Bahari (UniMAP)

Wakil-wakil Jabatan            : Pengarah Pelajaran Perlis
                                                         Pengarah Kebajikan Masyarakat Perlis
                                                         Pengarah Kesihatan Perlis
                                                         Pengarah Belia & Sukan Perlis
                                                         Ketua Polis Negeri Perlis

Saturday 29 October 2011

Kadar Perkhidmatan Ambulans

1. Sebuah ambulans bersama 1 pemandu dan 2 pembantu - RM 250 sehari (12 jam)
2. Sebuah ambulans bersama 1 pemandu dan 2 pembantu - RM 350 sehari semalam (24 jam)
3. Setiap pertambahan  1 pembantu - RM 30 sehari (12jam)
4. Setiap pertambahan 1 pembantu - RM 50 sehari semalam (24 jam)
5. Perkhidmatan menghantar pesakit balik ke rumah - RM 50 (maksimum 25 km pergi dan balik)

Jika ingin dapatkan perkhidmatan, sila hubungi Setiausaha Kehormat di talian 016-4376626 atau 04-9457653.

Monday 12 September 2011

Mesyuarat Agung Khas 2011

















Bencana Banjir di Perlis - 11 September 2011




Sukarelawan BSMM Perlis yang membantu dalam bencana banjir

Thursday 14 July 2011

Keahlian PBSMM di peringkat sekolah dan penubuhannya

Di peringkat sekolah, PBSMM dibahagikan kepada 2 unit iaitu:
1. Unit Kanak-kanak (link) bagi ahli sekolah rendah
2. Unit Belia (Youth) bagi ahli sekolah menengah

Untuk menubuhkan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia di sekolah perlu mengikut prosedur sekolah dan juga Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia.  Berikut merupakan langkah-langkah penubuhan PBSMM di peringkat sekolah.

1. Tubuh jawatankuasa penaja penubuhan PBSMM. (Tindakan : Guru)
2. Kemukakan permohonan bertulis kepada pengetua atau guru besar. (Tindakan: Guru)
3. Terima dan kaji permohonan serta pertimbangkan sokongan kepada permohonan. (Tindakan: Pengetua/ Guru Besar)
4. Jika lulus, mulakan proses permohonan pendaftaran sebagai unit gabungan PBSMM.(Tindakan: Guru)
5. Dapatkan borang pendaftaran sama ada pasukan belia atau pasukan kanak-kanak dan lengkapkan(dalam tiga salinan) (Tindakan: Guru)
6. Dapatkan borang pendaftaran keahlian, semua ahli perlu mendaftar dengan menggunakan borang tersebut. (Tindakan: Guru)
7. Kutip borang yang diisi maklumat yang diperlukan berserta yuran pendaftaran dan hantar borang pendaftaran pasukan dan pendaftaran keahlian kepada setiausaha BSMM - cawangan Perlis.(Tindakan: Guru)
8. Terima borang pendaftaran dan yuran keahlian.(Tindakan: Setiausaha BSMM cawangan Perlis)
9. Pertimbangkan permohonan pendaftaran yang diterima. (Tindakan: Setiausaha BSMM cawangan Perlis)
10. Proses kad keahlian dan dihantar ke sekolah. (Tindakan: Setiausaha BSMM cawangan Perlis)
11. Terima kelulusan pendaftaran dan kad keahlian. (Tindakan: Pengetua/ Guru Besar)
12. Tubuh organisasi PBSMM di sekolah. (Tindakan: Penolong Kanan Kokurikulum)
13. Dapatkan perlembagaan, sukatan pelajaran, skema latihan, skema penilaian pencapaian, senarai aktiviti tahunan dan sebagainya. (Tindakan: Penolong Kanan Kokurikulum)
14. Buat perancangan tahunan dan takwim perjumpaan serta aktiviti yang dicadangkan. (Tindakan: Guru)
15. Sediakan laporan penubuhan PBSMM di sekolah dan hantar kepada JPN negeri Perlis (Unit Kokurikulum) serta satu salinan kepada setiausaha BSMM cawangan Perlis. (Tindakan: Pengetua/ Guru Besar/ Penolong Kanan Kokurikulum)

Keahlian BSMM

Keahlian Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia terbuka kepada semua tanpa mengira bangsa, jantina, agama dan fahaman politik.  Ahli dan sukarelawan PBSMM datang dari pelbagai golongan, memberi sumbangan perkhidmatan bagi mewujudkan hasrat dan prinsip-prinsip persatuan.

Kategori keahlian terdiri daripada:
1. Kanak-kanak (Tidak melebihi 12 tahun)/ Link
2. Remaja Bulan Sabit Merah (12 - 18 tahun)/ Red Crescent Youth
3. Ahli Biasa/ Ordinary Member
4. Ahli Seumur Hidup/ Life Membership