Thursday 14 July 2011

Keahlian PBSMM di peringkat sekolah dan penubuhannya

Di peringkat sekolah, PBSMM dibahagikan kepada 2 unit iaitu:
1. Unit Kanak-kanak (link) bagi ahli sekolah rendah
2. Unit Belia (Youth) bagi ahli sekolah menengah

Untuk menubuhkan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia di sekolah perlu mengikut prosedur sekolah dan juga Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia.  Berikut merupakan langkah-langkah penubuhan PBSMM di peringkat sekolah.

1. Tubuh jawatankuasa penaja penubuhan PBSMM. (Tindakan : Guru)
2. Kemukakan permohonan bertulis kepada pengetua atau guru besar. (Tindakan: Guru)
3. Terima dan kaji permohonan serta pertimbangkan sokongan kepada permohonan. (Tindakan: Pengetua/ Guru Besar)
4. Jika lulus, mulakan proses permohonan pendaftaran sebagai unit gabungan PBSMM.(Tindakan: Guru)
5. Dapatkan borang pendaftaran sama ada pasukan belia atau pasukan kanak-kanak dan lengkapkan(dalam tiga salinan) (Tindakan: Guru)
6. Dapatkan borang pendaftaran keahlian, semua ahli perlu mendaftar dengan menggunakan borang tersebut. (Tindakan: Guru)
7. Kutip borang yang diisi maklumat yang diperlukan berserta yuran pendaftaran dan hantar borang pendaftaran pasukan dan pendaftaran keahlian kepada setiausaha BSMM - cawangan Perlis.(Tindakan: Guru)
8. Terima borang pendaftaran dan yuran keahlian.(Tindakan: Setiausaha BSMM cawangan Perlis)
9. Pertimbangkan permohonan pendaftaran yang diterima. (Tindakan: Setiausaha BSMM cawangan Perlis)
10. Proses kad keahlian dan dihantar ke sekolah. (Tindakan: Setiausaha BSMM cawangan Perlis)
11. Terima kelulusan pendaftaran dan kad keahlian. (Tindakan: Pengetua/ Guru Besar)
12. Tubuh organisasi PBSMM di sekolah. (Tindakan: Penolong Kanan Kokurikulum)
13. Dapatkan perlembagaan, sukatan pelajaran, skema latihan, skema penilaian pencapaian, senarai aktiviti tahunan dan sebagainya. (Tindakan: Penolong Kanan Kokurikulum)
14. Buat perancangan tahunan dan takwim perjumpaan serta aktiviti yang dicadangkan. (Tindakan: Guru)
15. Sediakan laporan penubuhan PBSMM di sekolah dan hantar kepada JPN negeri Perlis (Unit Kokurikulum) serta satu salinan kepada setiausaha BSMM cawangan Perlis. (Tindakan: Pengetua/ Guru Besar/ Penolong Kanan Kokurikulum)

Keahlian BSMM

Keahlian Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia terbuka kepada semua tanpa mengira bangsa, jantina, agama dan fahaman politik.  Ahli dan sukarelawan PBSMM datang dari pelbagai golongan, memberi sumbangan perkhidmatan bagi mewujudkan hasrat dan prinsip-prinsip persatuan.

Kategori keahlian terdiri daripada:
1. Kanak-kanak (Tidak melebihi 12 tahun)/ Link
2. Remaja Bulan Sabit Merah (12 - 18 tahun)/ Red Crescent Youth
3. Ahli Biasa/ Ordinary Member
4. Ahli Seumur Hidup/ Life Membership

Tujuh Prinsip Asas Palang Merah dan Bulan Sabit Merah/ 7 Fundamental Principles of Red Cross Red Crescent

1. Kemanusiaan / Humanity
Untuk berusaha mencegah dan meringankan kesengsaraan di mana jua terdapat, melindungi nyawa dan kesihatan, serta menentukan penghormatan sesama manusia.  Ia memupuk kesefahaman, kesahabatan, kerjasama dan kediaman yang kekal antara semua manusia.

2. Kesaksamaan/ Impartiality
Tidak membezakan bangsa, kaum, agama, darjat atau fahaman politik dalam kegiatannya.  Tujuan asasnya ialah meringankan kesengsaraan individu dan memberi keutamaan kepada kes-kes kecemasan yang serius sekali.

3. Berkecuali/ Neutrality
Untuk mengekalkan kepercayaan orang ramai terhadapnya, Persatuan tidak menyebelahi mana-mana pihak yang bermusuhan dan tidak menyertai pertikaian yang bercorak politik, perkauman, agama atau ideologi.

4. Kebebasan/ Independence
Walaupun berupa badan tambahan kepada pihak yang berkuasa awam dan tertakluk kepada undang-undang negara, Persatuan tetap menjaga kebebasannya dalam segala tindakannya yang berasaskan perikemanusiaan.

5. Khidmat Sukarela/ Voluntary Service
Ia berupa badan sukarela yang tidak didorong oleh sebarang tujuan mencari untung.

6. Bersatu (Ketunggalan)/ Unity
Hanya ada satu Persatuan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah dalam sesebuah negara.  Persatuan ini hendaklah terbuka kepada semua pihak dan aktivitinya meliputi seluruh negara.

7. Kesegajatan/ Universality
Gerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa meliputi seluruh dunia, di mana semua Persatuan mempunyai taraf dan tanggungjawab yang sama serta saling bantu-membantu antara satu sama lain.

WAJAH-WAJAH AJK BSMM-CAWANGAN PERLIS

Bendahari Kehormat : Puan Ch'ng AnnaKhairunnisa binti Abdullah


Pegawai Perubatan : Dr. Hj. Nik Hisham Amirul bin Nik Hishamuddin

Kuarter Master : Encik Syed Zaimuddin bin Syed Ahmad

Penolong Pengarah PBS/ VAD : Encik Hashimi bin Hassan

Pengerusi J/K Pembangunan dan Belia (OD): En. Ishak bin Din



Wednesday 13 July 2011

BARISAN JAWATANKUASA BSMM-CAWANGAN PERLIS 2011 - 2013

Penaung                                 : DYMM Raja Perlis
Yang Di-pertua                      : YAB Menteri Besar

Pengerusi                               : Y.bhg. Dato' Hj. Bahari bin Hj. Taib
Timbalan pengerusi               : En. Zainol Rashid bin Md Zin
Naib Pengerusi I                    : Y.bhg. Dato' Hj. Adzib bin Saad
Naib Pengerusi II                   : En. Hasan Ebau Noi

Pengarah                               : Dr. Hjh. Ida Zaliza binti Zainol Abidin
Pegawai Perubatan                : Dr. Hj. Nik Hisham Amirul bin Nik Hishamuddin
Setiausaha Kehormat             : Puan Nur Adibah Khairiyah binti Thew Abdullah
Bendahari Kehormat              : Puan Ch'ng AnnaKhairunnisa binti Abdullah

Penolong Pengarah Latihan : Puan Siti Norhasidah binti Mohd Yusuf
Penolong Pengarah PBS/ VAD  : Encik Hashimi bin Hassan
Penolong Pengarah Belia  : Encik Shariff bin Mustafa
Penguasa Rawatan  : Puan Latifah
Kuartermaster : Encik Syed Zaimuddin bin Syed Ahmad

Pengerusi JK Reaksi Bencana & Kecemasan : Encik Ahmad Fauzi bin Hamzah
Pengerusi JK Rayuan Derma & Kewangan  : Puan Suhida binti Ayob
Pengerusi JK Kesihatan, Derma Darah
                     & HIV Aids           : Dr. Nurul Azlyn binti Dato' Md Yussof
Pengerusi JK Kebajikan & Khidmat Komuniti   : Encik Musaidi bin Mustaffa
Pengerusi JK Pingat dan Anugerah   : Y.bhg. Dato' Dr. Hj.Othman bin Hj. Romli
Pengerusi JK Undang-undang Antarabangsa &
                     Hubungan Luar              : Encik Zainol Rashid bin Md Zin
Pengerusi JK Pembangunan dan Belia (OD)     : Encik Ishak bin Din

Mesyuarat AJK Kali ke 4/2011 - Kem Tasoh - 6 Julai 2011