Thursday 14 July 2011

Keahlian PBSMM di peringkat sekolah dan penubuhannya

Di peringkat sekolah, PBSMM dibahagikan kepada 2 unit iaitu:
1. Unit Kanak-kanak (link) bagi ahli sekolah rendah
2. Unit Belia (Youth) bagi ahli sekolah menengah

Untuk menubuhkan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia di sekolah perlu mengikut prosedur sekolah dan juga Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia.  Berikut merupakan langkah-langkah penubuhan PBSMM di peringkat sekolah.

1. Tubuh jawatankuasa penaja penubuhan PBSMM. (Tindakan : Guru)
2. Kemukakan permohonan bertulis kepada pengetua atau guru besar. (Tindakan: Guru)
3. Terima dan kaji permohonan serta pertimbangkan sokongan kepada permohonan. (Tindakan: Pengetua/ Guru Besar)
4. Jika lulus, mulakan proses permohonan pendaftaran sebagai unit gabungan PBSMM.(Tindakan: Guru)
5. Dapatkan borang pendaftaran sama ada pasukan belia atau pasukan kanak-kanak dan lengkapkan(dalam tiga salinan) (Tindakan: Guru)
6. Dapatkan borang pendaftaran keahlian, semua ahli perlu mendaftar dengan menggunakan borang tersebut. (Tindakan: Guru)
7. Kutip borang yang diisi maklumat yang diperlukan berserta yuran pendaftaran dan hantar borang pendaftaran pasukan dan pendaftaran keahlian kepada setiausaha BSMM - cawangan Perlis.(Tindakan: Guru)
8. Terima borang pendaftaran dan yuran keahlian.(Tindakan: Setiausaha BSMM cawangan Perlis)
9. Pertimbangkan permohonan pendaftaran yang diterima. (Tindakan: Setiausaha BSMM cawangan Perlis)
10. Proses kad keahlian dan dihantar ke sekolah. (Tindakan: Setiausaha BSMM cawangan Perlis)
11. Terima kelulusan pendaftaran dan kad keahlian. (Tindakan: Pengetua/ Guru Besar)
12. Tubuh organisasi PBSMM di sekolah. (Tindakan: Penolong Kanan Kokurikulum)
13. Dapatkan perlembagaan, sukatan pelajaran, skema latihan, skema penilaian pencapaian, senarai aktiviti tahunan dan sebagainya. (Tindakan: Penolong Kanan Kokurikulum)
14. Buat perancangan tahunan dan takwim perjumpaan serta aktiviti yang dicadangkan. (Tindakan: Guru)
15. Sediakan laporan penubuhan PBSMM di sekolah dan hantar kepada JPN negeri Perlis (Unit Kokurikulum) serta satu salinan kepada setiausaha BSMM cawangan Perlis. (Tindakan: Pengetua/ Guru Besar/ Penolong Kanan Kokurikulum)

No comments:

Post a Comment