1. Kemanusiaan / Humanity
Untuk berusaha mencegah dan meringankan kesengsaraan di mana jua terdapat, melindungi nyawa dan kesihatan, serta menentukan penghormatan sesama manusia. Ia memupuk kesefahaman, kesahabatan, kerjasama dan kediaman yang kekal antara semua manusia.
2. Kesaksamaan/ Impartiality
Tidak membezakan bangsa, kaum, agama, darjat atau fahaman politik dalam kegiatannya. Tujuan asasnya ialah meringankan kesengsaraan individu dan memberi keutamaan kepada kes-kes kecemasan yang serius sekali.
3. Berkecuali/ Neutrality
Untuk mengekalkan kepercayaan orang ramai terhadapnya, Persatuan tidak menyebelahi mana-mana pihak yang bermusuhan dan tidak menyertai pertikaian yang bercorak politik, perkauman, agama atau ideologi.
4. Kebebasan/ Independence
Walaupun berupa badan tambahan kepada pihak yang berkuasa awam dan tertakluk kepada undang-undang negara, Persatuan tetap menjaga kebebasannya dalam segala tindakannya yang berasaskan perikemanusiaan.
5. Khidmat Sukarela/ Voluntary Service
Ia berupa badan sukarela yang tidak didorong oleh sebarang tujuan mencari untung.
6. Bersatu (Ketunggalan)/ Unity
Hanya ada satu Persatuan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah dalam sesebuah negara. Persatuan ini hendaklah terbuka kepada semua pihak dan aktivitinya meliputi seluruh negara.
7. Kesegajatan/ Universality
Gerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa meliputi seluruh dunia, di mana semua Persatuan mempunyai taraf dan tanggungjawab yang sama serta saling bantu-membantu antara satu sama lain.
No comments:
Post a Comment